Sejarah Musik Aku dan Mustard



Teman rapat, rakan band, famili dan sesiapa yang kenali aMMan sudah lali dengan pautan diri aku dan band..ia benda sinonim dan tak dapat dipisahkan. Obsesi ini bagai "hantu" dalam hidup aku sampaikan banyak kecuaian, kelekaan dan kerugian tapi aku masih tak putus asa..atau lebih enak lagi "bebal" sehingga sanggup ketepikan anasir luar demi kepentingan perjalanan muzik aku. Pergh..hebat betol aku, kalau la kerjaya tetap aku wat cam ni..mungkin aku dah jadi senior manager sekarang. Hahaha. Namun naluri aku tetap kuat percaya akan potensi muzik ciptaan ku..lantok ler komer nak ngater..ni blog teman..sekati mak bedah teman ler..huhuhu!

Mengikut buku sejarah yang dicatat oleh Sir Alfonso Al-Barbeque dalam buku kecil hutang 555, aku mula blaja petik gitar semasa berumur 14tahun dgn menggunakan lidi satay untuk ketuk setiap tali agar berbunyi..hahaha..buduss betol! Aku inspired dari Arwah abah, "Zully Frasta deCrompasita naik Lambretta"..hahaha..panjang btol nickname dia...dia lead gitar dan menyanyi untuk band KELAB PETANDA Kg. Gajah dulu..saper x kenal dia.. cc pejabat tanah yg penah berduet dgn penyanyi Wann kat teluk intan lagu "Oh Mama..naik keretaku". Seterusnya, time tu fenomena genre Alternatif melanda negara, dan aku tak terlepas melayan lagu2 dari OAG, Oasis, Foo Fighters, Butterfingers, A.C.A.B dan mcm2 lagi. So masa form 3, aku telah diperdaya Said dan Daie mengajak aku ke studio MetalZone Studio kat Kompleks Aik Aik..sbb aper diperdaya? sbb dorg tipu aku kononnya dorg dah pegi jamm kat situ. Wallaweh..rasa cam nak sepok je dorg time tu.. sbb bila tiga2 dah ada dlm studio, masing2 terpinga xtau where to start..terhasil bunyi amp pulas knob ke 9 dan level boss metal zone pulas abis..memekak suasana teluk ensen..dgn band trio yg tak reti haper..hahaha! Band ni kitaorg namakan Lunatics dan tukar ke RazorBlade Suitcase. Ada dlm 3 kali seminggu kitaorg jamm membuatkan Abg Mat kaya ketika tu. Gig kecil kitaorg penah perform iaitu farewell party for St.Anthony dan Convent kat Lower Perak Club dan Hari Kantin sekolah aku, charity gig dikatakan..huhuh..ni gamabar dia..time ni session bassist, en.Syazreey , Said main dram..aku dan Daie..gitar+vokal;

Kitaorg obsesi main lagu2 cover dari Butterfingers, OAG, A.C.A.B, Subculture,Pilgrims, KU2..pergh..sumer local..band luar Oasis, Green Day, Nirvana dan Smashing Pumpkins. Aku pon tak dapat peluang meluahkan ciptaan aku dlm band ni sbb ada anasir jahat menghantui kitaorg time tu...maka aku berundur dari band ni.

Time ni la, adalah paling sedih dan poyo coz aku sanggup pegi jamming sorg2, bayar sewa studio, main sorg2..ada kala di temani raja Blues teluk intan, Engku Aman. Sampai satu moment, after aku habis latihan dgn team bolasepak daerah. Kitaorg enjoy jamming sama2 kat studio MetalZone tu..aku dapat detect en.P-sunk punya ability bermain dram. fyi, aku dulu main bek sweeper dan p-sunk plak goalkeeper tau..hihih..tp tgk hasil skrg..dua2 badan makin "tough" hahaha. ok then, aku ajak p-sunk jamming few times berdua je..dah ada nampak serasi..tp kitaorg xde bassist.. p-sunk pon ajak ler A-Poy , kenalan dia dari band lain. A-Poy asalnya drummer kidal cam Kalai Butter gitu.. tp dia minat nak jd bassist plak. so kitaorg tight-up , dan aku mula propose 3 lagu sendiri iaitu "Crush On You", "Take Me Away" dan "Undrugged".. dan kitaorg dgn hebatnya berekperimentasi dan dapat chemistry serta skill tersendiri..P-Sunk dgn ability stroke, aku harmonizing vocal, dan A-Poy pula mencipta scaling2 di luar jangkaan. Itulah trademark band ni dari awal. Mula2 band ni aku namakan Satellite, tp pastu nak tukar IndieVision.. then setelah diskusi aku dan A-Poy kat restoran Maulana depan fajar(skrg the store)..maka terciptalah nama Mustard. then time tu kitaorg ada hire sessionist kat rhythm nama Jai Mawar untuk perfom first ever gig kat teluk intan; ni dia band tag yg masih aku simpan..

Best giler gig ni, coz main dgn band2 dari manjung, KL, ipoh, penang pon ada x silap. ternganga tgk skill band nama UnderTune..dorg perform lagu cover It's On dari Korn..pergh sebijik giler siott!.One year dgn active gig, then aku decide not to re-new A-Poy contract..haha..mcm majikan je. then rasanya sampai skrg dendam kesumat dia kat aku..huhuh. sedangkan aku berharap dia dpt berfikir tentang sikap kurang disiplin dlm band serta "belajar menepati janji". aku xnak gadoh lg ..dah tua pon..aku harap satu hari..dapat menjernihkan situasi dgn dia. Oh lupa, time ni kitaorg dah switch studio, namanya SS Studio di bandar baru.. owner dia Acik atau Shamsuri Saari adalah bapak didik asal untuk Kristal sblm Awie take over, dia juga initiate untuk band Dr.Kronik sblm pass ke KRU. So kitaorg byk belajar dgn dia..dari segi nak balance sound, teknik playing dan mcm2 lg. P-Sunk jugak slalu praktis hari2..sbb dia kdg2 tolong jaga studio. Kdg2, kitaorg pon lenjan jamming free. Oh ya! lupa plak lg..kemunculan perwira yokies (bak kata daie dan said).. iaitu en.War-D ke dalam Mustard. aku dan p-sunk hired dia slaku rhythm gitar at first..sblm band dia sblm ni main rock kapak dan jiwang2..so dia ada ability teknikal kat situ. Dan cara P-Sunk invite War-D pon ala2 manja gitu..masa ada game bola tampar kat sekolah Seri perak. Kitaorg terus menerus develop skill dan berekperimentasi lagu2 baru ciptaan aku. Lagu2 seperti "Sometimes Someway", "Superior Behavior" dan "Strange Lights" mula menjadi playlist jamming kitaorg. Dan ni ..gambar 1st anniversary Mustard...

Next up, citer lepas sekolah pulak. tp war-d masih sekolah huhu. Mustard rekrut Daie , dari former band aku jd lead vocalist/rhythm guitar. kitaorg sempat dapat merasa recoding secara analogue ..output ke cassette..pergh mmg complicated. Acik SS Studio la sponsor..tp last2 output left channel jer..aduhai..pe jadah nak dengar nye. tu la masalah teknikal..so ep 5 lagu dulu..diperam begitu sahaja dlm sebuah kaset yg hanyut ke sungai perak..hihihi. then dpt kitaorg perform gig kat dataran menara condong..pergh best ni.. usha ler gambor pueh2!
tgh gambor ateh ni..aku dgn gitar Charvel USA tau..hikhikhik..p-sunk dgn tama Art-Star, err..war-d bass ape yer.. cap ayam kot..hahahah. setahun pas tu..p-sunk merantau ke johor. tp kitaorg dapat plak offer gig lg.. ni kat KL seyh...usha2..aku drummer tau time ni.. ada gambor tp x scan lg..nanti2 ler..ni gambor laypark sblm gig..



oh..nampak di situ..ex-drummer aku, Said pon follow..dia ni mmg truly supporter..respek suspek lu beb! wahahaha! masa gig ni kitaorg mmg underdog la..perform kat Heaven Studio Hall, Ampang...dan inilah gig terakhir kitaorg sblm "membisu" 5 tahun..hahah..ye la aku sibuk kerja airline lompat bank..bla2. war-d masih dgn kerja2 outdoor dan belia, p-sunk plak jadi terminator setelah terlantar 6bulan accident motor..so byk gak kesulitan untuk kitaorg aktif balik. until year 2007, kitaorg wat demo balik kat AkarKarya Studio, without Daie yg nampak dah mencari haluan sendiri. Lepas tu kitaorg senyap balik...then ??? to be continued..hahaha

0 comments:

Post a Comment

I Created This...

There was an error in this gadget

The Greatest View

About aMMan

Simplify Everything

eyedealworks

aMMan @Facebook



aMMan @Twitter

My Band